Friday, December 17, 2010

^^K.A.W.A.N^^

Rasanya tiada manusia di dunia ini hidup tanpa kehadiran insan bergelar kawan. bagi saya,kawan mudah dicari,dengan hanya mengukir senyuman senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk. Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai membezakan antara kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih.pengalaman saya berkawan dengan seorng lelaki, yg saya kenali sejak di bangku sekolah rendah lg..sering berutus surat ketika di sekolah menengan untuk berkongsi masalah dengannya..segala masalah saya ceritakan padanya....dan dia...sentiasa memberikan saya nasihat dan kata-kata semangat..boleh dikatakan kerana dia lah saya bertahan...saya menyayanginya tp Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan? Dia mungkin menganggap saya sekadar kawan, tetapi tidak bg saya. saya menganggap dia lebih daripada itu. saya mengharapkan cinta hadir dlm hubungan persahabatan kami tetapi saya sendiri tidak pernah memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam- diam tanpa pengetahuan saya dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.kecewanya hati sya, hanya Tuhan saja yang tahu..sampai ke hari ini, saya masih terasa kehilangan nya..

No comments:

Post a Comment